About Me

PKP: 987 individu ditahan, tak pakai pelitup muka kes tertinggi - Ismail Sabri


KUALA LUMPUR: Individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 987 individu pada Rabu, berbanding 792 hari sebelumnya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, 939 individu dikompaun, 47 direman manakala seorang lagi dijamin.

Menurut Ismail Sabri, kesalahan tidak memakai pelitup muka mencatatkan kes paling tinggi iaitu 218, diikuti 196 kes melibatkan rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis.

"Gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (135); membawa penumpang berlebihan (127); tiada penjarakan fizikal (125); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (68); aktiviti pusat hiburan (35); premis gagal patuhi arahan (12); manakala 71 kes lain-lain.

"Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 83,842 pemeriksaan semalam.

""Ia melibatkan 5,065 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18,977 anggota," demikian katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan pada Rabu.

Beliau berkata, pihak berkuasa turut merampas sebuah kenderaan darat dalam operasi berkenaan, selain sebanyak 184 bot atau kapal turut dikesan di perairan negara melalui 10 aktiviti penglihatan.

Setakat semalam, sebanyak 916 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan, tambahnya.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!