About Me

Perusahaan buat bot diarah tutup


JOHOR BAHRU – Setelah seminggu prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), namun masih ada premis yang berdegil beroperasi seperti biasa biarpun tidak termasuk dalam senarai perkhidmatan perlu.

Sebuah perusahaan pembuatan bot di kawasan perindustrian Pasir Gudang, dekat sini diarahkan tutup serta-merta ketika didapati beroperasi seperti biasa dalam Operasi Bersepadu Pemantauan Pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang diadakan semalam.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, operasi bersepadu kali ini melibatkan beberapa agensi antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (DOSH), dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah kilang yang tidak termasuk dalam senarai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI ) untuk beroperasi tetapi menjalankan operasi seperti biasa.

“Kilang tersebut memaklumkan mereka ada mohon kebenaran dengan MITI tetapi tidak berjaya kerana bukan perkhidmatan perlu.

“Oleh itu, MBPG mengeluarkan notis untuk menghentikan operasi serta-merta sepanjang tempoh PKP sehingga 14 Jun ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas beliau, dalam operasi sama, beberapa kompaun telah dikeluarkan terhadap premis dan kilang yang tidak mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Kita harap semua premis dan kilang dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan mendapatkan kebenaran untuk menjalankan operasi bagi mengekang penularan wabak seterusnya memutuskan rantaian Covid-19. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!