About Me

Penunggang motosikal maut, bahan letupan dibawa meletup


SIBU: Seorang penunggang motosikal maut manakala pemboncengnya cedera parah selepas sejenis bahan letupan yang dibawa mereka meletup dalam kejadian berhampiran rumah panjang di Jalan Sungai Pidi, Meradong petang semalam.

Ketua Polis Daerah Meradong DSP Sekam Anoi berkata Lawrence Lujang, 23, mati di tempat kejadian manakala pemboncengnya yang dikenal pasti sebagai Ching Lamba, 53, cedera parah di bahagian kaki serta paha, dan kini dirawat di Hospital Sarikei.

"Polis telah menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 6.24 petang, memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat di jalan itu yang menuju ke rumah panjang Mandau di Bakong," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati bahan letupan yang dibawa kedua-dua lelaki berkenaan merupakan buatan sendiri dan dipercayai digunakan untuk memburu binatang di hutan berdekatan.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti jenis dan cara buatan bahan letupan berkenaan.

"Polis memandang serius perbuatan ini yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang ramai," katanya, menambah kes disiasat menurut Seksyen 5 Akta Bahan Letupan 1957.


-- BERNAMA

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!