About Me

Penolong setiausaha bahagian kaut RM1juta ditahan SPRM


PUTRAJAYA – Seorang penolong setiausaha bahagian sebuah kementerian ditahan reman lima hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penerimaan rasuah pelbagai bentuk yang dianggar berjumlah RM1 juta sebagai balasan membantu 11 syarikat mendapatkan kontrak.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 27 Jun depan itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas membenarkan permohonan pihak SPRM.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 9 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, antara tahun 2016 hingga kini, suspek telah menerima suapan berbentuk wang tunai berjumlah kira-kira RM300,000.

“Suspek juga dipercayai menerima suapan barang kemas, tanah lot, rumah kedai dua tingkat dan sebuah motosikal yang jumlah keseluruhannya dianggarkan lebih RM1 juta.

“Suapan itu sebagai balasan membantu 11 buah syarikat mendapatkan projek bekalan am, perkhidmatan dan pengangkutan di kementerian terbabit,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!