About Me

Penjawat awam, pelajar kolej ditahan curi kerbau


BATU GAJAH – Seorang penjawat awam dan pelajar kolej antara tujuh lelaki yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes mencuri kerbau di ladang kelapa sawit di Tronoh, semalam.

Kejadian pada pukul 8.30 pagi itu disedari pemilik haiwan berusia 60 tahun itu setelah dia terdengar bunyi letupan ketika meronda di ladangnya.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, lelaki itu kemudiannya terserempak tiga lelaki namun mereka segera melarikan diri.

“Dengan bantuan beberapa orang yang lain, ketiga-tiga suspek dapat ditangkap sebelum membawa pengadu masuk semula ke dalam hutan dan menunjukkan tempat kerbau yang dicuri dan ditambat.

“Pengadu yang mengecamkan kerbau ditunjukkan itu adalah miliknya yang hilang sebelum ini kemudiannya membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan lanjut berjaya menahan empat lagi suspek termasuk seorang penjawat awam berusia 46 tahun dan pelajar kolej vokasional berusia 18 tahun.

Katanya, siasatan awal mendapati, kumpulan terbabit menjalankan kegiatan curi kerbau dengan menggunakan penembak pelali, haiwan itu kemudiannya ditambat sebelum dibawa keluar menggunakan lori. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!