About Me

Penganggur mengaku rogol remaja


Kota Bharu: Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan merogol remaja perempuan, minggu lalu.

Tertuduh, Nor Ikmal Arif Mohd Kassim, 23, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 4 Julai depan untuk tarikh hukuman bagi kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 16 tahun di Kampung Pasir Tumboh, di sini, antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Faizuan Sulaiman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Faizuan memohon agar mahkamah tidak menetapkan sebarang jaminan terhadap pertuduhan yang dihadapi lelaki itu.

Tertuduh pula memohon agar jaminan rendah diberikan kepadanya kerana sudah membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!