About Me

Penganggur cedera kelar leher sendiri


KOTA TINGGI – Seorang penganggur disyaki mengelar leher sendiri dalam kejadian di Jalan Bunga Cempaka, Felda Pasak, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian itu disedari kira-kira pukul 9.45 pagi oleh orang awam sebelum membuat panggilan kecemasan.

“Hasil maklumat dari orang awam suspek dilihat berjalan kaki menghala ke arah Stesen Minyak Petronas, Taman Pasak, Kota Tinggi dalam keadaan leher berdarah.

“Suspek difahamkan telah diselamatkan oleh pihak ambulans dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk menerima rawatan.

“Suspek kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussin berkata, siasatan awal mendapati lelaki itu berasal dari Felda Air Tawar 1 mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya, rekod jenayah membabitkan satu kes pecah rumah serta tiga kes melibatkan penyalahgunaan dadah.

“Susulan itu polis telah merampas sebilah pisau berlumuran darah disyaki digunakan dalam kejadian cubaan membunuh diri itu.

“Buat masa ini, punca kejadian masih belum diketahui dan masih dalam siasatan polis,”katanya.

Kes disiasat dibawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh diri.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!