About Me

Penduduk kampung gempar buaya timbul dalam tali air sawah padi


PENDANG: Penduduk Kampung 15 Tokai dekat sini, gempar apabila seekor buaya dikatakan timbul di permukaan tali air kawasan sawah padi yang tidak pernah menjadi habitat reptilia berkenaan.

Penduduk yang panik bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pendang memaklumkan kejadian itu kerana bimbang kehadiran buaya berkenaan boleh mengancam nyawa penduduk.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Yuslina Yusoff berkata, sebaik menerima panggilan pada jam 3.23 petang, sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

“Bagaimanapun sebaik tiba di lokasi, kelibat buaya itu tidak kelihatan, namun anggota kami menemui kesan tapak kaki dan badan reptilia itu di kawasan tebing tali air berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memaklumkan, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kehadiran buaya di tali air berkenaan.

Namun beliau menasihatkan orang awam yang ternampak kelibat reptilia itu supaya menghubungi pihaknya untuk diambil tindakan.

"Sekiranya benar buaya ada dalam tali air itu seperti yang dilaporkan, kita minta orang ramai tidak mengunjungi kawasan itu untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!