About Me

Pemimpin politik antara enam lelaki ditahan berjudi


Ipoh: Polis menahan enam lelaki termasuk seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang sedang leka bermain judi poker di sebuah rumah di Taman Tapah Indah dekat Tapah, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata hasil maklumat orang awam, keenam-enam lelaki berusia 38 hingga 56 tahun ditahan dalam serbuan pada 10 malam tadi.

"Turut dirampas dalam serbuan itu ialah daun terup dan wang tunai berjumlah RM1,774, " katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Wan Azharuddin berkata semua mereka bagaimanapun dibebaskan hari ini dengan jaminan polis.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Sek 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

"Pihak polis ingin menasihatkan kepada masyarakat agar sentiasa patuh kepada undang-undang dan peraturan yang sedang berkuat kuasa. Tindakan yang tegas akan diambil kepada mereka yang ingkar," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!