About Me

Pemandu melecur, lori gas LPG terbakar


SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dilaporkan melecur pada badan selepas lori dipandunya dengan membawa tangki gas petroleum cecair (LPG) terlibat dalam kebakaran di kawasan sebuah kilang di Perai hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu membabitkan sebuah lori lima tan yang membawa muatan tangki LPG di kawasan terbuka di tempat mengisi gas.

“Kebakaran berlaku ketika kerja-kerja pemindahan gas ke tangki di atas lori sehingga memusnahkan sebahagian besar lori tersebut.

“Terdapat seorang mangsa berusia 50 tahun melecur tahap dua dan telah diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dikejarkan ke hospital,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2.50 petang sebelum api dipadamkan pada pukul 4.42 petang.

Beliau berkata, operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat Perai sambil dibantu beberapa balai bomba lain itu membabitkan 32 anggota termasuk pegawai.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!