About Me

Pemandu maut terbabas, langgar tebing


JEMPOL – Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas lalu melanggar tebing di kilometer 13, Jalan Bahau-Kemayan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa, Murugen, 40, yang beralamat di Taman Satellite, Bahau disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, mangsa yang merupakan pekerja kebun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Ayer Hitam menghala ke Bahau. Sampai di tempat kejadian, semasa melalui selekoh, mangsa dipercayai telah terbabas ke kiri jalan dan melanggar tebing tanah lalu terbalik.

“Akibat daripada kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Jempol untuk bedah siasat esok bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, tadi.

Chang Hook berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!