About Me

Pemandu lori tangki LPG maut nahas lima lori


IPOH – Seorang pemandu lori tangki gas petroleum cecair (LPG) maut apabila kenderaan dipandunya terbabit dalam kemalangan melibatkan empat lori lain di Kilometer 288.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, mangsa, Ahmad American Ahmad, 42, yang parah maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, siasatan awal mendapati lori tangki dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori lain.

“Perlanggaran itu pula menyebabkan kenderaan berat itu menggelongsor melanggar tiga lori lain yang berada di hadapan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan mereka yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama,” katanya.

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!