About Me

Pemandu lori maut disambar petir


PETALING JAYA – Seorang pemandu lori warga tempatan maut selepas dipanah petir di Permata Kuari, Rawang di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku ketika hujan lebat kira-kira pukul 4 petang di kawasan kuari berkenaan.

“Sebaik selesai memarkir lori kira-kira 50 meter dari tempat muatan batu, mangsa telah keluar dari lori tersebut untuk mengikat tali kanvas sebelum dipanah petir,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mangsa yang terkena panahan petir itu telah terbaring di sisi lori dan pihak ambulans dari Hospital Selayang telah mengesahkan kematian mangsa.

“Pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa tidak menemui sebarang unsur-unsur jenayah.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!