About Me

Pekerja ladang diberkas ketika khayal dadah


DUNGUN – Seramai 12 pekerja ladang yang dipercayai sedang khayal diberkas dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit yang dijadikan sarang penagihan dadah di Ketengah Jaya dekat sini, hari ini.

Kesemua suspek berusia antara 28 hingga 51 tahun termasuk seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah tersebut ditahan dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, serbuan yang dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun berjaya merampas sejumlah dadah jenis syabu dan pil kuda.

“Siasatan awal mendapati lokasi tersebut telah dijadikan sarang penagihan dadah golongan pekerja ladang kelapa sawit tersebut sejak awal tahun ini.

“Ujian saringan air kencing terhadap 12 suspek mendapati 11 daripada mereka positif dadah jenis syabu dan metamphitamine.

“Mereka kini dibawa ke lokap IPD Dungun di sini untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!