About Me

Pegawai bank dikompaun tidak imbas MySejahtera


Georgetown: Pegawai bank dikompaun RM1,500 kerana gagal mengimbas kod MySejahtera, malah mendakwa turut tidak mengetahui kewajiban memuat turun aplikasi berkenaan dalam telefon pintar, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesalahan itu dikesan ketika operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tempat kerja di pusat bandar bermula 12 tengah hari tadi.

Katanya, pegawai bank berusia 38 tahun itu didapati gagal menunjukkan bukti sudah mengimbas kod MySejahtera kepada pihak polis.

"Mengejutkan apabila pegawai bank tidak tahu setiap individu mandatori muat turun aplikasi MySejahtera bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kontak dalam membendung Covid-19.

"Kita kesal masih wujud segelintir masyarakat yang gagal mematuhi SOP walaupun pandemik Covid-19 sudah lebih setahun," katanya ketika dihubungi, di sini.

Soffian berkata, menerusi operasi sama, sebanyak tujuh kompaun dikeluarkan terhadap beberapa institusi kewangan serta pejabat swasta sekitar daerah Timur Laut.

Katanya, selain itu seorang wanita warga Iran turut ditahan atas kesalahan tidak mengimbas kod MySejahtera.

"Seramai enam individu dikompaun kerana tidak mengimbas kod MySejahtera, manakala sebuah syarikat pengangkutan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 kerana tidak patuh peraturan kehadiran pekerja iaitu sebanyak 60 peratus," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!