About Me

Pecah pejabat syarikat kurier: Dua lagi ditahan


Alor Setar: Polis Kedah berjaya menahan dua lagi suspek disyaki terbabit melarikan peti besi mengandungi wang tunai hampir setengah juta di sebuah pejabat syarikat kurier di sini, Rabu lalu.

Dua suspek berusia 28 dan 23 tahun itu ditahan kira-kira jam 2.30 pagi tadi, dalam operasi khas yang dilancarkan Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sekitar bandar raya ini.

Sumber berkata, sehingga kini lapan suspek termasuk tiga anggota polis iaitu seorang berpangkat Sarjan dan dua Koperal yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sudah ditahan.

"Dua suspek yang ditahan awal pagi tadi adalah orang awam yang disyaki terbabit bersama melarikan peti besi milik sebuah syarikat kurier yang dipecah masuk.

"Turut dirampas pakaian dipercayai dipakai suspek dalam kejadian itu namun tiada wang tunai ditemui bersama suspek," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Rabu lalu, sekumpulan penjenayah bertindak memecah masuk dan melarikan peti besi milik sebuah syarikat kurier berdekatan Kampung Berjaya di sini.

Kumpulan penjenayah dipercayai mencabut fius utama bekalan elektrik di bahagian luar premis menyebabkan kamera rakaman litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum mengumpil pintu utama bangunan.

Berikutan itu, polis menahan enam suspek termasuk tiga anggota polis berusia antara 21 hingga 50 tahun dalam operasi khas bermula Rabu hingga kelmarin, dan menemui kembali wang tunai berjumlah RM263,295.

Ketika ini, usaha mengesan baki wang berjumlah RM130,000 masih dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!