About Me

PdPR: Tunggu ibu balik kerja, baru mula


BALIK PULAU – Setiap kali proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula, hati Sharunniza Rahim, 37, pasti resah memikirkan tiga anaknya yang terpaksa menunggu dia pulang dari bekerja untuk menggunakan telefon bimbit bagi me­nyiapkan kerja sekolah mereka.

Sharunniza yang bekerja sebagai operator kilang di Ba­yan Lepas berkata, ketiga-tiga anaknya, Mohd. Shafikul Akmal Rohizan, 13, Mohd. Shawal Hafizi, 9, dan Mohd. Safaraz Firaz, 8, terpaksa berkongsi telefon bimbit miliknya secara bergilir-gilir bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru masing-masing.

Ibu tunggal ini berkata, dia yang bertugas selama 12 jam di sebuah kilang elektronik tidak mampu menyediakan peranti yang sesuai untuk tiga anaknya kerana kekangan kewangan.

“Gaji saya sebagai operator kilang RM1,300 sahaja dan saya tidak mampu kerana pendapatan yang diterima cukup-cukup untuk membeli keperluan makan sahaja.

“Kadangkala mereka hanya dapat siapkan kerja sekolah pada pukul 12 tengah malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Pantai Malindo di sini semalam.

Menurutnya, setiap kali PdPR dijalankan, dia hanya terkenangkan anak-anaknya ketika berada di tempat kerja kerana segala tugasan dihantar oleh guru mereka menerusi telefon bimbitnya.

“Bila saya lihat tugasan yang dihantar, saya mula bimbang sama ada anak-anak dapat menyiapkan kerja sekolah pada waktu yang ditetapkan.

“Saya bernasib baik kerana mereka yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri dan Sekolah Kebangsaan (SK) Balik Pulau amat memahami keadaan ibunya selepas kematian bapa mereka tiga tahun lalu,” jelasnya.

Tambahnya, anak-anaknya tidak pernah meminta telefon sendiri, namun dia tahu mereka menginginkannya.

‘’Saya juga tidak tahu bagaimana caranya untuk mendapatkan bantuan bagi anak-anak saya ini, saya cuma harap mereka dapat belajar dengan baik pada waktu PdPR ini,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Anak-Anak Yatim Balik Pulau, Jamaliah Ishak n berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mengumpul dana awam bagi membeli telefon pintar serta kelengkapan internet untuk anak-anak tersebut.

- Kosmo

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!