About Me

Parti seks, dadah, 35 ditahan


Kuala Lumpur: Polis menahan 35 individu selepas terbabit dalam parti liar dalam serbuan di residensi mewah di Jalan Conlay, di sini, semalam.

Kumpulan individu berkenaan menganjurkan parti dadah dan seks bebas bagi meraikan ulang tahun kelahiran salah seorang dari mereka.

Serbuan pada jam 11 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur dan menyerbu empat unit bilik di tingkat 12 serta 14 residensi berkenaan.

Timbalan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai penganjuran parti liar itu.

"Ketika serbuan dijalankan serentak ke atas empat bilik itu, semua individu terdiri daripada 19 lelaki dan lapan wanita tempatan, lima wanita warga Vietnam, seorang wanita warga Thailand serta dua lelaki warga China, sedang leka berhibur dengan alunan muzik yang kuat.

"Malah selain khayal disyaki mengambil minuman bercampur dadah, ada antara mereka yang berjudi dan mengadakan seks bebas," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya turut merampas 20 botol minuman jus buah disyaki mengandungi dadah, dua kotak kondom, set daun terup dan mangkuk berisi buah dadu, serta peralatan sistem audio dan lampu disko.

"Siasatan awal mendapati mereka menempah empat bilik itu selama dua malam sejak petang semalam (Jumaat) hingga Ahad untuk berparti.

"Individu berusia 21 hingga 35 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit kegiatan pelacuran, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 4(1) Akta Hiburan dan Akta Imigresen," katanya.

Selain itu, beliau berkata, individu terbabit turut dikenakan kompaun mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!