About Me

Padah ingkar SOP sambut hari jadi


Johor Bahru: Lima lelaki dikompaun sebanyak RM4,000 setiap seorang kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan berkumpul menyambut majlis hari lahir di sebuah premis di Jalan Stulang Laut di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, menerusi serbuan pada 11.59 malam itu, selain kompaun, polis turut menahan empat wanita warga asing kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.

"Kesemua mereka yang dikompaun dan ditahan itu berumur antara 30 hingga 46 tahun.

"Hasil serbuan, kita juga merampas dua pembesar suara, dua unit lampu bercahaya berwarna-warni, sebuah pemacu pena jenama Kingston, serangkai kunci berserta sekeping cip akses," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, pengeluaran kompaun itu mengikut Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana telah berkumpul dan menjalankan aktiviti yang tidak dapat mengamalkan perjarakan fizikal manakala bagi tangkapan warga asing pula, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!