About Me

Cuba sogok polis, selit RM50 dalam surat MITI


SEBERANG PERAI – Tindakan seorang lelaki cuba menyogok polis dengan menghulurkan wang RM50 bagi melepasi sekatan jalan raya (SJR) di sempadan Kedah-Pulau Pinang di Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini mengundang padah apabila dia ditahan, hari ini.

Lelaki berusia 41 tahun yang menunggang motosikal jenis Kawasaki 250 itu ditahan kira-kira pukul 3.30 petang ketika diperiksa di SJR tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, anggota polis telah meminta dokumen kebenaran rentas negeri, namun dia gagal mengemukakannya.

Beliau berkata, lelaki tersebut telah menawarkan wang sogokan untuk melepaskan diri dengan cubaan merasuah anggota itu sebanyak tiga kali.

“Namun dia tetap memaksa menerima dengan memberi duit di dalam lipatan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang telah tamat tempoh bertarikh Januari lalu.

“Lelaki itu kemudiannya ditahan dan polis merampas wang tunai RM50, sebuah telefon bimbit dan sehelai surat MITI bagi tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Noorzainy berkata, lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Tasek Gelugor untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Suspek turut dikompaun RM5,000 kerana merentas negeri tanpa kebenaran.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!