About Me

Padah bawa daun ketum lalu SJR


JASIN – Seorang lelaki diberkas polis selepas cuba melarikan diri sejauh 30 kilometer gara-gara membawa daun ketum seberat 14 kilogram (kg) ketika melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Mufti Haji Khalil, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 26 tahun itu berjaya diberkas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Unser dipandunya terbabas sendiri di susur Jalan Salim, Merlimau, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam ketika suspek tiba di SJR tersebut dari arah Jalan Tun Razak, Ayer Keroh.

“Ketika pihak polis ingin memeriksa kenderaannya, suspek tiba-tiba memecut laju kenderaannya dan sepasukan polis mengejarnya hampir 30 kilometer sehingga MPV dinaikinya terbabas sendiri di susur Jalan Salim, Sebatu.

“Hasil pemeriksaan lanjut kenderaan suspek menemui empat bungkusan plastik berwarna hitam mengandungi daun dipercayai ketum dengan anggaran berat 14 kg,” ujarnya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, hasil soal siasat bekalan daun ketum itu dipercayai telah dibawa masuk ke negeri ini untuk pasaran tempatan.

“Suspek merupakan orang Merlimau dan kita syaki daun ketum ini telah dibawa masuk dari luar Melaka, namun siasatan lanjut sedang dilakukan.

“Suspek telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 mengikut Peraturan 4 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021),” katanya. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!