About Me

'Osama' tumpas


Kampala: Seekor buaya bernama 'Osama' yang sudah meragut 80 nyawa akhirnya berjaya ditangkap di sebuah kampung di Luganga, Uganda.

Ia ditangkap selepas haiwan itu memakan umpan paru-paru lembu.

Reptilia sepanjang lima meter itu sebelum ini menjadikan penduduk kampung termasuk kanak-kanak sebagai mangsa.

The Sun melaporkan, buaya yang mengganas sejak 14 tahun lalu itu dianggarkan berusia 75 tahun oleh penduduk tempatan.

Menurut laporan, haiwan itu kebiasaannya muncul di Sungai Victoria untuk mencari mangsa.

Osama juga dikatakan akan berenang di bawah perahu nelayan sebelum menterbalikkannya dan membaham mangsa.

Penduduk menganggap buaya ini memiliki 'kuasa' sehingga dapat hidup untuk tempoh yang panjang.

Dalam pada itu, seorang lelaki menceritakan dia dan saudaranya pernah diserang buaya berkenaan.

Paul Kyewalyanga berkata, ketika kejadian, dia mendayung perahu untuk memancing, tiba-tiba buaya 'melompat' dan membaham saudaranya, Peter.

Berat reptilia itu menyebabkan perahu dinaiki mereka tenggelam ke dalam sungai dan buaya itu menggigit kaki mangsa.

Peter kemudian ditarik ke dalam sungai sebelum hilang dari pandangan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!