About Me

Nur Haziqah Hamidi sila tampil ke mahkamah


TANGKAK: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan seorang wanita yang merupakan saksi penting dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret, di sini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, wanita bernama Nur Haziqah Hamidi berusia 24 tahun itu diminta hadir ke mahkamah bagi kes perbicaraan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

“Saksi bernombor kad pengenalan 971129-01-7076 diminta hadir bicara bermula esok hingga Khamis ini di Mahkamah Majistret Tangkak.

“Justeru, kita mohon orang ramai yang mengenali individu berkenaan untuk memaklumkan secara terus kepada saksi atau melaporkan kepada polis bagi tujuan kami menjejakinya,” katanya.

Menurut beliau, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Intan Norathirah Mohd. Suhaidi di talian 016-988 3520.

- UTUSAN 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!