About Me

Netizen Malaysia gelar Ustaz Abdul Somad penghasut


JAKARTA – Penceramah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) dikecam netizen Malaysia apabila rakaman videonya yang menuduh kerajaan menyeleweng dana haji republik itu tular di media sosial, lapor Suara.com, hari ini.

UAS dalam satu klip rakaman ceramah mengatakan keputusan kerajaan Indonesia tidak menghantar jemaah haji tahun ini disebabkan ketiadaan peruntukan yang sudah diguna pakai untuk pembangunan negara.

“Dana haji sudah tiada, jemaah tidak dihantar ke Mekah lalu semua orang pun marah.

“Kami bayar duit haji untuk menunaikan haji. Namun wang kami diguna untuk membangunkan infrastruktur dan membetulkan jalan raya,” demikian kata UAS menerusi rakaman ceramahnya.

Susulan komen itu, seorang rakyat Malaysia mengecam tuduhan UAS terhadap kerajaan Indonesia dan menggelarnya bersikap seperti penghasut.

“Rakan-rakan sekalian, saya mahu beri komen tentang kata-kata UAS tentang pembatalan ibadah haji Indonesia tahun ini.

“Pada pendapat saya, beliau seorang yang tidak berfikir panjang, mengajak pengikutnya ke arah keburukan, suka menimbulkan syak wasangka dan pergaduhan sesama Islam sedangkan sebagai tokoh agama, beliau seharusnya lebih bijak,” komen rakyat Malaysia itu.

Selain itu, netizen itu juga menuntut UAS membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Indonesia kerana telah menimbulkan salah faham tentang mengapa tiada jemaah haji yang dihantar pada tahun ini.

Hujung minggu lalu, kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan keputusan untuk tidak menerima jemaah luar bagi ibadah haji buat tahun kedua berturut-turut dan hanya mengehadkan kuota 60,000 jemaah tempatan sahaja. – Agensi

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!