About Me

Netizen kecam Ryzal Ibrahim gunakan Maryam


PETALING JAYA – Netizen menentang sekeras-kerasnya perbuatan Ryzal Ibrahim yang mendedahkan perkara peribadi di InstaStory miliknya berkaitan hasrat isterinya, Maryam yang mahu membunuh diri.

Tindakan Ryzal itu menjadi tular di laman Twitter selain mendapat pelbagai reaksi berbeza dalam kalangan netizen.

Menurut ciapan dimuat naik @Ari757, kenyataan dibuat Ryzal menyatakan Maryam sering berfikir untuk membunuh diri merupakan jalan penyelesaian jika ada masalah adalah tidak bersesuaian.

Rata-rata pengguna laman Twitter amat marah dengan tindakan yang dibuat oleh Ryzal kerana tindakannya itu seolah-olah hanya mahu menarik perhatian pengguna media sosial.

“Saya rasa Ryzal tidak sepatutnya mendedahkan perkara peribadi di media sosial. Isterinya murung dan mahu bunuh diri itu adalah perkara peribadi dan netizen tidak perlu tahu perkara itu.

“Kenapa perlu buat Maryam seperti itu? Berhentilah gunakan dia hanya untuk meraih perhatian orang ramai. Kesian Maryam,” ciapnya.

Menurut seorang pengguna lain, @ezypepper, berkata, Maryam berhak memiliki kehidupan yang lebih baik.

“Maryam berhak kenal orang yang lebih baik. Saya ingatkan setelah isu yang lepas berlalu, Ryzal sudah insaf. Tetapi, isu yang lain pula timbul. Ryzal fikir netizen akan kesian dengan perkara ini?” ujarnya.

“Zaman sekarang ini, dek kerana terlalu fikirkan pengikut di media sosial, terkenal dan sebagainya sanggup aibkan diri sendiri hanya untuk dikenali ramai. Kesan terhadap keluarga pada masa akan datang tidak pernah difikir,” ciap @irissophia14 di laman Twitter. 

– K! ONLINE.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!