About Me

Negara hilang RM1 bilion sehari sepanjang PKP


PETALING JAYA – Negara kehilangan RM1 bilion ringgit sehari sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau berharap kerajaan dapat meringankan beban yang ditanggung indivdu yang terkesan selaras pengumuman pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Plus bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion ringgit.

“Namun, kita tidak boleh berterusan begini. Demi kesihatan dan kelangsungan hidup kita semua, kita perlu segera keluar daripada krisis ini.

“Pada hari ini, saya ingin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan sebentar tadi. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!