About Me

Nampak kepulan asap melalui panggilan video


Georgetown: Panggilan video seorang ibu berjaya menyelamatkan anaknya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah unit kediaman di Kondominium The Rice Collection II, Jalan Dr Wu Lien Teh di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Aazelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.05 pagi.

Aazelan berkata, kanak-kanak yang berusia enam tahun itu ditinggalkan di rumah dalam keadaan pintu berkunci oleh ibunya yang mahu ke kedai bersama seorang lagi anak.

Beliau berkata, ibunya membuat panggilan video dengan mangsa sebaik tiba di kedai dan terlihat kepulan asap menerusi panggilan itu sebelum bergegas pulang.

"Ibu kanak-kanak terbabit tiba di rumah 10 minit kemudian dan berjaya menyelamatkan mangsa yang ketika itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terhidu asap.

"Anggota bomba memberi bantuan pernafasan dan rawatan awal sebelum mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut," katanya lagi.

Beliau berkata, tugas menyelamat membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Lebuh Pantai.

"Api berjaya dikawal pada jam 9.36 pagi dengan kemusnahan kebakaran sehingga 70 peratus.

"Sistem penyelenggaraan bangunan itu yang berada pada tahap baik juga memudahkan anggota bomba memadamkan kebakaran, " katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!