About Me

Nampak ‘baby bump’, Neelofa hamil?


PETALING JAYA – Jika sudah namanya Neelofa, apa sahaja dilakukannya pasti akan mengundang perhatian ramai.

Terbaharu, selebriti berniqab itu menarik perhatian ramai menerusi sekeping gambar berjubah yang menampakkan bentuk badan agak berisi seperti wanita yang sudah berbadan dua.

Dakwaan tersebut timbul selepas akaun Instagram bisnes milik Neelofa dan suaminya Haris Ismail, @Markaztijaari memuat naik sekeping gambar mereka berdua.

Menerusi foto yang memaparkan bekas pengacara MeleTOP itu disisinya suaminya, Neelofa yang menyarung jubah berwarna coklat menuai pujian ramai.

Tidak terhenti di situ, terdapat juga yang mengatakan penampilan selebriti berusia 32 tahun itu sudah menampakkan ‘baby bump’, sementelah sudah lebih tiga bulan bergelar isteri.

“Baby bump. Alhamdulillah jika betul,” tulis seorang pengguna Instagram.

“Wah, nampak maca pregnant (mengandung),” celah seorang lagi pengikut.

Komen tersebut turut disambut beberapa peminat lain yang menyifatkan busana jenama berkenaan sesuai untuk dipakai wanita hamil.

“Alhamdulillah, cantik. Cantiknya Neelofa. Berisi tu,” tulis seorang pengikut.

Ura-ura pemilik empayar jenama Naelofar itu hamil telah hangat diperkatakan sejak bulan lalu selepas dia meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam sekeping foto yang dimuat naik pada hari raya Aidilfitri lalu.

Sehingga kini, masih tiada sebarang pengesahan atau penafian dikeluarkan daripada pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot itu mahupun suaminya.

Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz bernikah dalam sebuah majlis penuh eksklusif di hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sebelum ini, Haris pernah berhasrat mahu segera menimang cahaya mata dan memiliki zuriat yang bakal menjadi mujtahid akhir zaman atau ahli agama hasil ikatan sucinya bersama pengacara Next To Neelofa itu. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!