About Me

MyTravelPass akan ditambahbaik – Hamzah


SEPANG – Beberapa penambahbaikkan akan dilakukan kepada MyTravelPas memandangkan terdapat kelemahan dalam sistem Jabatan Imigresen (JIM).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, ia perlu dilakukan bagi menghalang penularan Covid-19 di negara ini.

Jelas Hamzah, antara kelemahan yang dikesan adalah aktiviti penipuan yang sering berlaku dalam MyTravelPass yang mana pelancong tidak mempunyai kelulusan sedemikan namun boleh terbang ke negara ini.

“Bila tibanya mereka (pelancong) di Malaysia, sebenarnya mereka tidak mempunyai kelulusan pun dalam sistem MyTravelPass dan ternyata tindakan itu adalah satu penipuan.

“Kelemahan begitu yang kita perlu fikir dan sekat daripada terjadi lagi, mungkin kita akan menggunakan kod QR khas sebelum mereka dapat menaiki pesawat. 

“Kerana kita tidak mahu mereka terlepas ke Malaysia dan terpaksa menghantar mereka pulang ke negara asal semula,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan pemantau Prosedur Operasi Standard (SOP) di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

MyTravelPass diperkenalkan pada Oktober tahun lalu sebagai sistem baharu bagi permohonan kebenaran masuk dan keluar negara untuk rakyat Malaysia dan warga asing.

Selain MyTravelPass, Hamzah berkata pihaknya juga akan menambahbaik laluan pengunjung yang tiba dari luar negara di lapangan terbang berkenaan sebelum tiba di kaunter saringan kesihatan serta Imigresen.

“Kalau kita tengok, daripada penumpang itu turun sahaja pesawat sehingga ke kaunter saringan kesihatan serta Imigresen terdapat beberapa kelemahan. Mereka (pelancong) ini tidak mempunyai satu laluan khas dan boleh singgah atau jumpa dengan sesiapa sahaja di tengah-tengah.

“Contohnya individu ini datang dari India, mereka boleh bertembung dengan individu dari negara lain tanpa halangan. Jadi mungkin selepas ini kita akan buat satu laluan khas di kawasan tertentu untuk digunakan oleh mereka yang baru tiba ke negara ini untuk terus ke kaunter saringan kesihatan atau Imigresen tanpa bertembung dengan orang lain,” katanya.

Terdapat 111 pintu masuk aktif yang diwartakan di negara ini antaranya 54 pintuk masuk jalan laut, 29 pintu masuk melalui udara, dan 28 pintu masuk melalui darat.

Sepanjang penularan Covid-19, 25 buah negara telah disekat daripada pengembaranya memasuki Malaysia terutama dari negara-negara berpotensi tinggi penyebaran virus itu iaitu India, Nepal, Sri Lanka, Bangladesh dan Pakistan. 

– MalaysiaGazette

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!