About Me

Miliki pistol dan 11 peluru, petani mengaku tidak bersalah


Kota Bharu: Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesysen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 11 butir peluru, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Faeez Awang, 29, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol semi auto Mod 213 9MM Tara No Siri 108791 dan satu kelopak pistol warna perak tanpa kebenaran yang sah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa memiliki 11 butir peluru jenis 9MM Luger PMC tanpa kebenaran yang sah.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Kampung Kelubi, Jalan Kota Bharu di Pasir Puteh kira-kira jam 9.45 malam pada 29 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin yang tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh kerana kes itu serius dan tidak boleh jamin.

Peguam bela, Ahmad Adha Amir Yasser memohon tertuduh yang masih bujang itu diikat jamin kerana lelaki itu adalah anak sulung daripada lapan adik beradik dan membantu bapanya di kebun sayur-sayuran.

"Bapanya kerja sebagai petani dengan pendapatan antara RM800 hingga RM1,000. Dengan wang itu juga diguna untuk membiayai perubatan ayah dan ibunya yang sakit.

"Saya memohon supaya jaminan yang rendah ditetapkan kerana ini adalah kes pertama tertuduh. Selain itu, pengalaman anak guam saya yang berada dalam tahanan polis selama 11 hari sudah memberi pengajaran kepadanya," katanya.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh dan menetapkan 13 Julai depan untuk sebutan semula kes.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!