About Me

'Mereka berpegangan tangan sebelum hilang dihanyutkan ombak'


Putatan: "Mereka berpegangan tangan sebelum semuanya (keempat-empat) hilang dihanyutkan ombak,".

Demikian cerita seorang daripada empat mangsa yang terselamat dalam kejadian lemas di Pantai Gorongon, berhampiran Kampung Contoh, di sini, hari ini.

Insiden malang itu mengorbankan, Norain Amit Salleh, 13, Rafidah Amit Salleh, 14, Korais Amit Salleh, 8, dan Dalang, 17, manakala empat lagi terselamat.

Salah seorang mangsa yang terselamat, Abdul Razak Amit Salleh, 13, berkata, Dalang yang juga abang iparnya dihanyutkan ombak ketika menyelamat dua kakaknya iaitu Norain dan Rafidah.

Menurutnya, dia dan tiga lagi rakannya yang terselamat bernasib baik kerana ketika itu ada seorang lelaki menaiki perahu melalui tempat kejadian berjaya menyelamatkan mereka.

"Dia kemudian membawa kami ke kawasan selamat. Lelaki itu kembali ke tempat kami dihanyutkan untuk mencari dua kakak, adik dan abang ipar yang hilang namun gagal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Ayahnya, Salleh Yusof, 61, berkata, beliau mengetahui kejadian ini selepas selesai solat Maghrib apabila isterinya menghubungi memaklumkan perkara berkenaan.

"Isteri saya menelefon memaklumkan anak saya lemas bersama ipar mereka ketika mandi di kawasan laut.

"Sebaik mendapat berita ini saya bergegas balik dan segera ke kawasan pantai untuk bersama-sama saudara serta pasukan keselamatan yang sedang melaksanakan operasi SAR," katanya.

Menurutnya, anaknya sebelum ini sering mandi di kawasan laut terbabit bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah SWT.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, operasi SAR dilaksanakan seramai 10 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta enam Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dari Kota Kinabalu.

"Kita menjalankan operasi SAR menggunakan kaedah pencarian di permukaan air dan kaedah bot tidak dapat digunakan berikutan paras air yang surut tambahan pula pencarian di permukaan memudahkan opearsi pada waktu malam.

"Mangsa pertama ditemukan jam 8.20 malam diikuti mangsa kedua ditemukan 25 minit kemudian manakala mangsa ketiga lima minit kemudian dan mangsa terakhir ditemukan jam 9.35 malam iaitu masing-masing ditemukan pada jarak 50 meter (dari pantai)," katanya.

Menurutnya, semua mangsa sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi keseluruhan ditamatkan jam 9.45 malam.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!