About Me

MB Kedah beri keterangan hari ini


ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor akan memberi keterangan berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah pusat jualan kenderaan di Autocity Juru, Bukit Mertajam di Pulau Pinang kepada pihak polis pada petang ini.

Muhammad Sanusi berkata, beliau akan memberikan kerjasama penuh berhubung perkara itu dan bersedia berdepan apa sahaja kemungkinan selepas disiasat.

Katanya, keterangan akan diambil di negeri ini, namun belum dapat dipastikan lokasi tersebut.

Menceritakan kejadian yang berlaku petang kelmarin, Muhammad Sanusi berkata, ketika itu beliau bersama pemandu dan pengiringnya iaitu seorang anggota polis dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat serta mengadakan pertemuan bersama pelabur di ibu kota.

“Dalam perjalanan, kami singgah di sebuah kedai serbaneka di Autocity bagi membeli makanan antaranya roti dan minuman. Sementara menunggu pemandu membeli barangan itu, saya menyapa seorang penjual yang sedang menyusun kenderaan di situ.

“Penjual itu yang bernama Ong cukup ramah walaupun mulanya dia tak perasan saya Menteri Besar. Kami bersembang mengenai kenderaan dijualnya sebelum saya meminta untuk melihat ruang dalaman dan duduk di kerusi penumpang depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Dewan Al-Farabi, Kompleks Pendidikan Negeri di sini hari ini. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!