About Me

Mazlan dilantik Timbalan Ketua Polis Negara


Putrajaya: Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Mazlan Lazim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mazlan bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negara, 4 Mei lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas menerima nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Sementara itu, Hamzah turut menceritakan mengenai latar belakang Timbalan Ketua Polis Negara yang ke-27 itu yang kini berusia 59 tahun.

"Dengan kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Sumber, beliau pernah menjawat jawatan di beberapa daerah.

"Iaitu sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah (TKPD) Melaka Tengah; TKPD Tanah Merah, Kelantan; TKPD Shah Alam, Selangor; Pegawai Staf Latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu, Selangor; Pegawai Belanjawan, Bahagian Latihan Bukit Aman; Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar, Perlis dan KPD Seberang Perai Utara, Pulau Pinang," katanya dalam sidang media yang diadakan di kementeriannya hari ini.

Hamzah berkata, di peringkat kontinjen atau negeri, Mazlan pernah ditugaskan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Kelantan sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Kelantan.

"Beliau juga pernah diamanahkan sebagai sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur serta dilantik sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Sebelum ini pelbagai desas-desus timbul mengenai pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Beberapa nama turut disebut termasuk Mazlan.

Selain Mazlan, dua lagi nama yang disebut untuk menjawat jawatan berkenaan ialah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Pengurusan, Datuk Ramli Din.


- HMetro 


LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!