About Me

Maut selepas masuk rumah janda

Seorang lelaki ditemui maut dengan kesan kecederaan pada rusuk kiri dan jari dalam satu kejadian di parkir Flat Taman Idaman, Simpang Ampat SPS hari ini.

MalaysiaGazette difahamkan sebelum ditemui maut, lelaki terbabit dikatakan memasuki rumah seorang janda di tingkat bawah blok D flat empat tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, hasil siasatan saksi mendakwa melihat enam lelaki bukan penghuni flat berkenaan sedang bertengkar mulut di bawah blok D pada jam 8 pagi.

Jelas beliau, susulan itu, pada jam 10.30 pagi saksi keluar untuk membuang sampah sebelum melihat mangsa tiba-tiba meraung kesakitan ketika duduk di parkir motosikal tersebut.

“Mangsa dikatakan menjerit kesakitan sebelum terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa berusia 45 tahun yang juga pemandu kren itu ditemui penghuni flat berkenaan dalam keadaan terbaring sebelum memaklumkannya pada pihak polis pada jam 11.45 pagi.

Hasil pemeriksaan pegawai kesihatan Hospital Sungai Bakap mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut, Chong Chern berkata, hasil pemeriksaan pihak forensik mendapati ada kesan kecederaan pada rusuk kiri serta luka pagi jari tangan kiri mangsa.

Bagaimanapun, beliau berkata, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) tidak nampak mangsa dipukul.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat

Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu laporan bedah siasat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan polis,” kata Chong Chern.

Difahamkan pihak polis kini sedang mencari beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes itu bagi membantu siasatan.

Kredit – MalaysiaGazette

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!