About Me

Maut langgar kerbau


Kota Kinabalu: Lelaki berusia 25 tahun maut selepas merempuh seekor kerbau di Jalan Kionsom, Inanam, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa, Muhizan Shazry Simon yang menunggang Modenas Kriss bersendirian dikatakan dalam perjalanan dari arah pekan Inanam menuju ke Kampung Kionsom.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan sebelum terbabas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian menerusi talian kecemasan MERS 999.

Katanya, laporan yang diterima daripada orang awam itu mendakwa berlaku kemalangan di jalan berkenaan membabitkan sebuah motosikal dan seekor kerbau.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati terbaring dalam keadaan parah.

"Saksi mendakwa melihat seekor kerbau yang cedera di tengah jalan. Namun, haiwan berkenaan sudah beredar dari lokasi kemalangan selepas itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Likas pada jam 8.03 malam.

"Keadaan tempat kejadian gelap tanpa lampu jalan dan permukaan jalan sedikit cerun menuruni bukit.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!