About Me

Mat rempit lari dalam semak elak diberkas polis


SUNGAI BULOH – Gara-gara takut diberkas polis, sekumpulan penunggang motosikal yang disyaki ‘mat rempit’ bertindak melarikan diri ke dalam semak berdekatan ketika Operasi Khas Samseng Jalanan di sekitar Jalan Bukit Cherakah, Meru di sini semalam.

Bagaimanapun tindakan mereka berjaya dipatahkan pasukan petugas yang sudah mengepung kawasan berkenaan selepas menyedari wujud enam laluan tikus di kawasan Nirwana yang digunakan penunggang motosikal tersebut.

Bahkan, sekumpulan remaja itu sanggup melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas daerah dari Klang memasuki Sungai Buloh melalui jalan tersebut semata-mata untuk berlumba haram.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, melalui operasi yang bermula pukul 4 petang dan tamat 12 tengah malam itu, sejumlah 51 motosikal dan 58 individu telah diperiksa.

“Sebanyak 218 saman telah dikeluarkan terhadap pemilik motosikal selepas mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan trafik.

“Selain itu, 14 buah motosikal turut disita kerana melakukan kesalahan tiada lesen menunggang motosikal, tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan ubah suai motosikal,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Pada masa sama, jelasnya, 26 kompaun turut dikeluarkan ke atas remaja yang berusia antara 13 hingga 22 tahun atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Operasi tersebut disertai lima pegawai dan 28 anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah, dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Balai Polis Saujana Utama. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!