About Me

Mat rempit dikompaun RM5,000

Kajang: Sepuluh mat rempit ditahan dan dikenakan kompaun dalam Operasi Samseng Jalanan di Lebuhraya Grand Saga, dekat sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, seramai dua pegawai serta 18 anggota Unit Risikan dan Operasi JSPT Bukit Aman terbabit dalam operasi itu yang bermula jam 4 petang semalam hingga 8.30 pagi tadi.

"Dalam operasi itu, kami menahan 10 lelaki berusia 17 hingga 20 tahun yang menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya seperti zig-zag, menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri.

"Semua suspek ditahan dalam empat siri tangkapan di lokasi sekitar lebuh raya itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nadzri berkata, pihaknya turut menyita motosikal jenis Yamaha 15ZR dan Yamaha 135LC yang ditunggang suspek.

"Selain itu, semua suspek berkenaan turut dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berkumpul, berlumba dan melakukan aktiviti tanpa sebab munasabah.

"Tindakan kompaun itu diambil mengikut Perkara 4 dan 5 Peraturan Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan) (No 4) (Pindaan) (No 15) 2021," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!