About Me

Maqis serah daging rampasan kepada Zoo Taiping, Penjara Marang


BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang menyerahkan 6,620 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku yang dirampas kepada Zoo Taiping dan Penjara Marang.

Pengarah Maqis negeri, Noriah Dahlan, berkata sumbangan bernilai RM52,000 itu untuk dijadikan makanan haiwan di zoo serta projek ternakan keli oleh banduan di penjara terbabit.

"Semua sumbangan itu adalah hasil rampasan atas kesalahan tidak mematuhi prosedur pengimportan dari India, yang telah dilucuthakkan membabitkan kes dari bulan Mac lalu.

"Penyerahan itu juga diharap dapat membantu pihak Zoo Taiping dan Penjara Marang dari segi bekalan makanan haiwan dan ternakan ikan keli," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jelasnya, sumbangan itu adalah salah satu cara pelupusan barang sitaan mengikut tatacara perundangan oleh Maqis di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728)

- Awani 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!