About Me

Mamat berjaya ditangkap


KUALA NERUS: Buaya jantan hampir empat meter yang menghuni lombong tinggal di Tepoh dekat sini, berjaya ditangkap hari ini.

Reptilia dianggarkan seberat 250 kilogram yang terkenal dengan panggilan Adik Mat atau Mamat itu, berjaya dikesan selepas dua tahun Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memburunya.

Pengarah PERHILITAN Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusof, berkata kakitangan jabatan itu memasang tiga perangkap Mei lalu, selepas dimaklumkan mengenai kehadiran buaya semula reptilia berkenaan.

Beliau berkata, kaedah memasang perangkap tidak berhasil, lalu operasi menggunakan kaedah menjerat bermula pada jam 4.30 petang hari ini.

"Reptilia itu berjaya ditangkap pada jam 5.45 petang dalam operasi yang dilakukan 17 kakitangan PERHILITAN Terengganu dengan bantuan 10 anggota polis yang melakukan kawalan.

"Buaya jantan berusia lapan tahun ini akan dibawa ke Paya Indah Wetland, Selangor," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kisah Mamat pernah tular pada 2016 ketika reptilia itu hanya sepanjang satu meter ketika ditemui penduduk di kampung berkenaan sebelum sang bedal itu menghilangkan diri selama dua tahun.

Mamat muncul kembali di lombong tinggal itu pada 2019 tetapi menghilangkan diri. Pada Mei lalu, reptilia itu sekali lagi dilihat berada di kawasan berkenaan.

- Berita Harian 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!