About Me

Majikan naik berang kereta diberi pinjam ditinggal tepi jalan

SEBERANG PERAI – Tindakan khianat seorang majikan membakar motosikal pekerjanya yang diletakkan di tempat kerja di sebuah kilang memproses ayam di Tasek Gelugor di sini mengundang padah apabila dia ditahan polis semalam.

Suspek berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari selepas bertindak membakar motosikal milik pengadu berusia 35 tahun sehingga tinggal rangka kira-kira pukul 6 petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati apabila pekerjanya itu tidak menjaga dengan elok keretanya yang diberi pinjam pada Isnin lalu.

Menurut Noorzainy, pengadu dikatakan meminjam kereta suspek untuk berjumpa kawannya di Kubang Menerong, Tasek Gelugor, namun meninggalkannya di tepi jalan kerana kehabisan minyak.

“Keesokannya, pengadu dan majikannya itu pergi untuk mengambil kereta tersebut, namun masih tidak dapat dihidupkan walaupun minyak telah diisi.

“Akibatnya, suspek yang berang telah pergi ke lokasi kejadian dan membakar motosikal pengadu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu disedari pengadu selepas suspek menghantar gambar motosikal tersebut sedang terbakar kepadanya sebelum membuat laporan polis.

“Kejadian itu turut disaksikan oleh ibu suspek dan jirannya, namun gagal menahan suspek daripada bertindak sedemikian.

“Siasatan mendapati, motosikal itu ditinggalkan di tempatnya bekerja itu sejak minggu lalu kerana mengalami kerosakan,” katanya lagi.

Noorzainy berkata, siasatan turut mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!