About Me

MAINS serah 1,744 tablet kepada pelajar asnaf


Seremban: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) mengagihkan sebanyak 1,744 unit tablet kepada murid dan pelajar dalam kalangan keluarga asnaf di seluruh Negeri Sembilan membabitkan kos berjumlah RM905,136.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Agihan Zakat MAINS, Mahadi Ali berkata, pihaknya turut menyalurkan bantuan langganan Internet selama 12 bulan kepada keluarga berkenaan yang layak, dengan kos keseluruhan berjumlah RM665,510.40 melalui amanah zakat.

"Inisiatif bantuan ini bertujuan membantu murid dan pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian selain memudahkan tugasan yang berkaitan.

"Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, penyerahan peralatan berkenaan dilakukan secara pandu lalu.

"Pegawai MAINS di peringkat daerah turut membantu memastikan penyerahan tablet berkenaan berjalan lancar," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pusat Zakat Negeri Sembilan membuat agihan zakat kepada golongan asnaf setakat April lalu sebanyak RM12.4 juta.

"Agihan itu merangkumi bantuan kepada fakir dan miskin sebanyak RM4.9 juta; mualaf RM310,496, fisabillillah (RM1.1 juta); amil (RM1.8 juta); riqab (RM4 juta); gharimin (RM169,088) dan ibnu sabil (RM910)," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!