About Me

Mabuk punya cerita...?


Ipoh: Gambar dan video tular di media sosial menunjukkan motosikal 'tersadai' pada kawat duri di Kampung Dato' Ahmad Said Tambahan, Mukim Ulu Kinta, di sini, yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini rupa-rupanya angkara lelaki mabuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, berdasarkan maklumat nombor pendaftaran motosikal, polis pergi ke alamat rumah lelaki berusia 34 tahun itu, di sini, untuk siasatan.

"Setibanya anggota di rumah berkenaan didapati ada sebuah motosikal bernombor pendaftaran seperti yang dilaporkan.

"Didapati seorang lelaki terbaring di atas tilam dalam keadaan cedera dan penuh luka-luka," katanya ketika dihubungi, hari ini

A Asmadi berkata, hasil soal siasat lelaki itu mengakui dia menunggang motosikal seorang diri dalam keadaan mabuk untuk pergi ke rumah rakannya pada 5 pagi tadi.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, lelaki itu mendakwa terlanggar kawat duri yang dipasang lalu meninggalkan motosikalnya dan balik ke rumah berjalan.

"Difahamkan, dia tidak tahu lokasi berkenaan diisytiharkan kawasan PKPD kerana tidak tinggal di situ dan motosikalnya diambil oleh rakan sebelum dihantar ke rumahnya," katanya.

Katanya, lelaki itu kemudian dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital.

"Setakat ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian," katanya.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!