About Me

Lelaki pusing kepala 180 darjah ke belakang


LONDON – Seorang lelaki menjadi sensasi internet selepas menunjukkan kebolehan luar biasa dengan memusing kepalanya 180 darjah ke belakang, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, lelaki tersebut, Amer Dahbour, dilihat memegang dagunya menggunakan sebelah tangan, manakala sebelah tangan lagi diletakkan pada bahagian belakang kepalanya.

Tanpa sebarang amaran, lelaki itu secara tiba-tiba memusing kepalanya ke belakang sehingga mencapai kira-kira 180 darjah.

Dia membiarkan kepalanya berada dalam keadaan itu untuk beberapa saat sebelum berpusing kembali ke hadapan dan bercakap dengan rakannya seperti biasa.

Video tersebut kemudiannya dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @sheaabutt00, yang berseloroh dengan mengatakan bahawa aksi itu merupakan satu muslihat parti dan mencabar penonton untuk membuat aksi yang sama.

Video tersebut mendapat lebih 3.4 juta tontonan dengan rata-rata pengguna melahirkan rasa terkejut dan takut mereka melihatkan aksi luar biasa Amer.

“Saya telah menonton banyak filem seram. Ini merupakan prekuel bagi filem Exorcist,” tulis seorang pengguna. – AGENSI

- Kosmo 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!