About Me

Lelaki murung panjat pencawang telekomunikasi


Kulim: Anggota bomba berjaya memujuk seorang lelaki yang mengalami kemurungan untuk turun daripada pencawang telekomunikasi dipanjatnya di Estet Bagan Sena di sini, petang tadi.

Lelaki terbabit pada mulanya memanjat pencawang itu dan berada di ketinggian kira-kira 30 meter sebelum ia disedari orang ramai.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian, jam 6.30 petang.

"Enam anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim yang diketuai Chandran Krishnan tiba di lokasi jam 6.49 petang.

"Kami kemudiannya memujuk mangsa yang berusia 30-an supaya turun. Lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurut beliau, lelaki itu juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!