About Me

Lelaki mengamuk bakar rumah


BALING – Seorang lelaki yang hilang kawalan akibat ketagihan dadah mengamuk sambil memegang dua bilah parang sebelum bertindak membakar rumah keluarganya di Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, suspek berusia 36 tahun dikatakan menghalau semua ahli keluarganya keluar dari rumah sebelum membakar rumah.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsuddin Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada abang suspek dan penduduk kampung.

Katanya, polis dan pasukan bomba kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan pada pukul 4.45 petang.

“Usaha memujuk suspek untuk menyerah diri dilakukan, namun lelaki itu enggan berbuat demikian sebelum mengunci pintu rumah dan tidak membenarkan sesiapa masuk sambil mengacukan dua bilah parang.

“Suspek gagal dipujuk dan polis bertindak memecahkan pintu rumah dengan bantuan daripada pihak bomba yang membuat pancutan air untuk menghalang suspek membuat serangan,” katanya di sini hari ini. 

-K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!