About Me

Lelaki mabuk cederakan pemandu bas


PORT DICKSON – Seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ditahan selepas mencederakan pemandu bas dan melakukan khianat awam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada 8.30 malam semalam, pemandu bas berusia 58 tahun yang memberhentikan kenderaanya di tepi pondok hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Port Dickson telah didatangi oleh suspek seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal.

“Suspek berusia 24 tahun itu telah menghalang bas milik syarikat City Liner yang dipandu mangsa dan selepas itu suspek bertindak memecahkan cermin pintu bas di sebelah kiri pemandu.

“Suspek cuba mencederakan mangsa menggunakan parang sehingga berlaku pergelutan antara mereka, namun mangsa berjaya merampas senjata itu dan menyebabkan suspek terduduk di tempat duduk penumpang bas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, akibat pergelutan itu mangsa mengalami luka jari tangan dan pipi manakala kerosakan bas di bahagian cermin pintu yang pecah dengan anggaran kerugian RM1,000.

“Pemandu bas yang merupakan seorang pesara dan telah berkhidmat selama 21 tahun dalam Tentera Darat mempunyai pengalaman dalam Tempur Tanpa Senjata (TTS) telah berjaya menundukkan suspek dan seterusnya membawa suspek ke Balai Polis Port Dickson untuk diserahkan kepada pihak polis.

“Semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing adalah negatif. Suspek ditahan reman selama empat hari sehinga Selasa depan,” katanya. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!