About Me

Lelaki kurang siuman maut jatuh perigi


BATU KURAU – Seorang lelaki warga emas berusia 60-an ditemui meninggal dunia setelah terjatuh ke dalam perigi di Kampung Relang dekat sini petang tadi.

Mangsa yang juga kurang siuman ditemui oleh penduduk kampung sebelum bertindak menghubungi polis dan bomba.

Difahamkan, perigi tersebut yang terletak dalam kawasan bersemak di tepi jalan tidak lagi digunakan oleh penduduk kampung.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.39 petang.

Kata kenyataan itu, sepasukan tujuh angota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau diketuai PBK I Mohammad Hisham Osman kemudian dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemui seorang lelaki di dalam perigi yang dipenuhi air pada kedalaman kira-kira enam meter.

“Operasi membawa naik menggunakan sistem takal tali menyelamat, tangga dan pengusung bagi mengeluarkan mangsa dari dalam perigi setengah jam kemudian,” kata kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa telah meninggal dunia selepas disahkan oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.44 petang. 

– K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!