About Me

Lelaki ‘gila seks’ curi 58 pakaian dalam jiran


PETALING JAYA – Seorang lelaki ‘gila seks’ mencuri 58 helai pakaian wanita pelbagai jenama milik jirannya semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Kesemua pakaian itu disembunyikan di dalam bilik tidur di rumahnya di sebuah kondominium di Bandar Sunway, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, perkara itu terbongkar selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 35 tahun pada pukul 1.50 tengah hari, Selasa lalu.

“Mangsa ternampak suspek berlegar-legar dalam lif pada pukul 10.30 pagi, hari yang sama.

“Wanita itu mengesyaki suspek terlibat dalam kes kehilangan pakaian miliknya sebelum ini lalu memaklumkan kepada suaminya dan pihak pengurusan kondominium,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sepasukan polis dari Balai Polis Sungai Way memberkas suspek yang berusia 23 tahun pada pukul 12.15 tengah hari di lokasi sama.

Menurut beliau, suspek mengaku dia mencuri pakaian mangsa dan menunjukkan penyimpanan pakaian tersebut di rumahnya.

“Polis merampas 58 pakaian dalam wanita pelbagai jenama dan sebatang kayu yang telah diubah suai dipercayai digunakan untuk mengait pakaian tersebut.

“Suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

 – K! ONLINE

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!