About Me

LELAKI DIBUNUH KERANA TEGUR ANAK JIRAN BUAT BISING


Berang anak ditegur jiran dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang lelaki di tapak pembinaan perumahan di Taman Desa Maju di Langkap, di sini pada 13 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, motif pembunuhan itu didedahkan selepas lima individu termasuk suspek utama berusia 34 tahun ditangkap, Selasa lalu.

Menurutnya, suspek dikatakan marah kerana mangsa menegur anaknya membuat bising dengan menunggang motosikal di hadapan rumah lelaki itu.

"Mangsa dan suspek utama tinggal berjiran, dimana rumah mereka hanya berselang dua buah rumah," katanya di sini hari ini.

Menurut Ahmad Adnan, suspek bersama empat lelaki lain yang berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun telah direman.

Bagaimanapun, katanya, suspek utama akan didakwa di mahkamah di sini esok, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, Seksyen 326 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Empat lelaki lain yang ditangkap bersama suspek utama akan diberi jamin dan diikat bon di bawah Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah sebagai saksi pendakwaan," ujarnya.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang lelaki ditemukan dengan lengan tangan kanan hampir putus di dalam semak di tapak pembinaan perumahan di Taman Desa Maju di Langkap.

Mayat lelaki berusia 29 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah oleh orang awam pada pukul 9 malam.

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!