About Me

Lelaki bawa dadah ditahan, suspek wanita lolos


Kota Bharu: Cubaan seorang lelaki untuk melarikan diri dengan memecut keretanya gagal apabila kenderaan itu terbabas ketika menghimpit sebuah motosikal milik anggota polis, semalam.

Dalam kejadian di Kampung Mentuan di sini, pada 10.30 malam itu, tiga anggota polis dari Balai Polis Kubang Kerian sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan sebuah kereta Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, anggota polis cuba menahan kereta berkenaan di kawasan Wakaf Stan di sini, sebelum pemandunya bertindak memecut kenderaannya.

"Kereta itu dipandu ke arah Kampung Mentuan dan selepas mengejar sejauh kira-kira lima kilometer, kenderaan itu terbabas ke tepi jalan.

"Selepas terbabas, dua individu iaitu lelaki serta perempuan keluar dari kenderaan itu dan cuba melarikan diri namun suspek lelaki yang juga pemandu berjaya ditahan, manakala wanita itu pula lolos.

"Pemeriksaan dalam kenderaan itu kemudiannya menemui 174 biji pil kuda serta 4.2 gram heroin yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM2,100 ," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rahim berkata, suspek lelaki berusia 37 tahun itu berasal daripada Kampung Tanjong Stan dan ujian saringan awal air kencing yang dibuat mendapatinya positif methampethamine.

Menurutnya, hasil semakan yang dibuat didapait suspek yang bekerja sebagai buruh itu memiliki satu rekod lampau bersabit dadah.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 1 Julai dan kita juga sedang mengesan rakan wanitanya yang melarikan diri.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen15(1)(a) ADB 1952," katanya.

Menurutnya, anggota polis yang dihimpit kenderaan suspek pula mengalami cedera ringan dalam kejadian itu.

- HMetro 

LAZADA 11.11

LAZADA 11.11

50% Diskaun Bagi Barangan Pakaian

Nikmati potongan harga 50% bagi barangan pakaian dan nikmati potongan RM 15 percuma bagi pembelian pertama anda!